Makluman

FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

Friday, 5 July 2013

Galeri

Aktiviti

Warga Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Nanga Menjuau ini telah wujud sejak 51 tahun yang lalu iaitu mula dibina pada tahun 1962. Pembentukan nama sekolah ini diambil daripada anak sungai iaitu Sungai Menjuau yang bermuara di Sungai Skrang serta berseberangan dengan kawasan sekolah. Sejak sekolah ini ditubuhkan seramai 15 orang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini. Berikut merupakan senarai Guru Besar yang pernah dan masih berkhidmat di sekolah ini :

1)    Richard Jua Birai (1962 – 1966)
2)    Edward Munggang (1967)
3)    Vicent Sambau (1968)
4)    Bendy (1969)
5)    James Numpang Sayang (1970)
6)    Gilbert Entilie Chap (1971)
7)    Lawrence Abeng (1972)
8)    Eddy Nalong (1973 – 1981)
9)    Mong Ramba (1982 – 1987)
10) Andrew Jubie Gandom (1988 – 1994)
11) Ason Remong (1994 – 1997)
12) Guston Putang ( 1998 – 2003)
13) Stanley Sagir (2005)
14) Nelson Gara Taka (2006 – 2012)
15) Morshidi Hj. Serah (2012 – sekarang)

Pada permulaanya bangunan sekolah terletak di atas bukit dengan bangunan sekolah dibuat secara gotong royong oleh ibubapa dan komuniti setempat. Kemudiannya barulah bangunan sekolah dibuat menggunakan peruntukan pejabat untuk membina beberapa buah bangunan khususnya bangunan yang dibina menggunakan simen dan batu bata. Pada tahun 2000, beberapa buah bangunan sekolah telah dihanyutkan oleh air banjir besar yang melanda kawasan sekolah termasuklah bangunan pusat sumber yang baru siap dibina. Akibat daripada malapetaka tersebut, beberapa buah bangunan didirikan semula menggunakan peruntukan pejabat. Sehingga kini sekolah ini mempunyai blok pentadbiran baru, asrama baru, 2 buah blok kelas, 5 buah rumah staf, bilik mandi dan seterusnya rumah generator sekolah. Sejumlah 5 buah rumah panjang yang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini iaitu Kampong Begantung, Kampong Panchor, Kampung Emperan, Sungai Paya dan Lepung Kepayang. Jumlah murid ketika ini adalah seramai 47 orang yang kesemuanya berketurunan Iban serta 12 orang guru dan12 orang bukan guru termasuk 7 orang pekerja swasta. Pada ketika ini, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan blok pentadbiran baru yang mempunyai sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik guru penolong kanan dan juga sebuah bilik pra-sekolah. Walau bagaimanapun, sekolah ini menghadapi masalah kekurangan rumah untuk menempatkan bilangan staf yang semakin bertambah.

Laluan utama yang menghubungkan sekolah ini ialah melalui jalan air menggunakan perahu panjang yang mengambil masa 4 hingga 7 jam dari pengkalan di Kampung Murat ke sekolah. Sekolah ini juga dihubungkan dengan jalan darat melalui jalan balak yang mengambil masa hingga 5 jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Oleh yang demikian, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pedalaman P3. Sekolah ini juga tidak diliputi oleh siaran TV atau talian telefon. Namun perkhidmatan ASTRO dan juga kemudahan internet jalur lebar bagi dapat digunakan.