Sekolah
Kebangsaan Nanga Menjuau ini telah wujud sejak 51 tahun yang lalu iaitu mula
dibina pada tahun 1962. Pembentukan nama sekolah ini diambil daripada anak
sungai iaitu Sungai Menjuau yang bermuara di Sungai Skrang serta berseberangan
dengan kawasan sekolah. Sejak sekolah ini ditubuhkan seramai 15 orang Guru Besar
yang telah berkhidmat di sekolah ini. Berikut merupakan senarai Guru Besar yang
pernah dan masih berkhidmat di sekolah ini :
1)
Richard Jua Birai (1962 – 1966)
2)
Edward Munggang (1967)
3)
Vicent Sambau (1968)
4)
Bendy (1969)
5)
James Numpang Sayang (1970)
6)
Gilbert Entilie Chap (1971)
7)
Lawrence Abeng (1972)
8)
Eddy Nalong (1973 – 1981)
9)
Mong Ramba (1982 – 1987)
10) Andrew
Jubie Gandom (1988 – 1994)
11) Ason
Remong (1994 – 1997)
12) Guston
Putang ( 1998 – 2003)
13) Stanley
Sagir (2005)
14) Nelson
Gara Taka (2006 – 2012)
15) Morshidi
Hj. Serah (2012 – sekarang)
Pada
permulaanya bangunan sekolah terletak di atas bukit dengan bangunan sekolah
dibuat secara gotong royong oleh ibubapa dan komuniti setempat. Kemudiannya barulah
bangunan sekolah dibuat menggunakan peruntukan pejabat untuk membina beberapa
buah bangunan khususnya bangunan yang dibina menggunakan simen dan batu bata. Pada
tahun 2000, beberapa buah bangunan sekolah telah dihanyutkan oleh air banjir
besar yang melanda kawasan sekolah termasuklah bangunan pusat sumber yang baru
siap dibina. Akibat daripada malapetaka tersebut, beberapa buah bangunan
didirikan semula menggunakan peruntukan pejabat. Sehingga kini sekolah ini
mempunyai blok pentadbiran baru, asrama baru, 2 buah blok kelas, 5 buah rumah
staf, bilik mandi dan seterusnya rumah generator sekolah. Sejumlah 5 buah rumah
panjang yang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini iaitu Kampong
Begantung, Kampong Panchor, Kampung Emperan, Sungai Paya dan Lepung Kepayang. Jumlah
murid ketika ini adalah seramai 47 orang yang kesemuanya berketurunan Iban
serta 12 orang guru dan12 orang bukan guru termasuk 7 orang pekerja swasta. Pada
ketika ini, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan blok pentadbiran baru
yang mempunyai sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik guru penolong kanan dan
juga sebuah bilik pra-sekolah. Walau bagaimanapun, sekolah ini menghadapi
masalah kekurangan rumah untuk menempatkan bilangan staf yang semakin
bertambah.
Laluan
utama yang menghubungkan sekolah ini ialah melalui jalan air menggunakan perahu
panjang yang mengambil masa 4 hingga 7 jam dari pengkalan di Kampung Murat ke
sekolah. Sekolah ini juga dihubungkan dengan jalan darat melalui jalan balak
yang mengambil masa hingga 5 jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Oleh yang
demikian, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah pedalaman P3. Sekolah ini
juga tidak diliputi oleh siaran TV atau talian telefon. Namun perkhidmatan ASTRO
dan juga kemudahan internet jalur lebar bagi dapat digunakan.
No comments:
Post a Comment